Wednesday, July 8, 2009

Sejarah Ringkas

SEKOLAH KEBANGSAAN SYED SHEH, 09200 KUPANG, KEDAH DARUL AMAN.

Sekolah ini mula ditubuhkan sebelum Perang Dunia Yang Kedua di antara Tahun 1940 dengan Tahun 1941, atas usaha PAK SU HAJI AHMAD dan TUAN GURU HAJI YAHYA bertempat di Bangunan Madrasah Kampong Pisang sebagai Sekolah rakyat. Guru yang pertama ialah LEBAI ARIFFIN dan beberapa orang Pembantu.

Dalam Tahun 1947 berpindah tempat KE KAMPONG JERAI di Tapak Sekolah sekarang dengan usaha pihak di atas dan seorang lagi Tokoh Tempatan iaitu PAK LANG TAHIR, penganjur yang utama ialah USTAZ YAAKUB BIN SHAFIE dan beberapa orang Guru di bawah jagaannya. Guru-guru yang dibayar Gaji oleh Lembaga Pengurus Sekolah dengan Kutipan Yuran daripada Murid-murid (Waris).

Pada Tahun 1953 dengan usaha PAK SU HAJI AHMAD lagi seorang Guru Besar Kerajaan yang bernama ABDUL AZIZ B HAJI ABDUL RAHMAN dapat di tempatkan di sekolah ini. Guru Besar tersebut bertukar dari SEKOLAH MELAYU RELAU, BANDAR BAHARU dan dengan itu Sekolah ini diterima sebagai Sekolah Kerajaan dan Guru Rakyat digantikan dengan Guru Kerajaan.

Dalam Tahun 1950 dan 1951 dengan usaha pihak di atas dengan dibantu oleh TUAN PEGAWAI DAERAH BALING, pada masa itu sebuah Sekolah terdiri dari 5 Bilik Darjah, perbelanjaan untuk menyiapkannya diusahakan oleh TUAN PEGAWAI DAERAH sebelumnya iaitu TUAN SYED SHEH SHAHABUDDIN ayahanda kepada Y.A.B DATO' SYED NAHAR SHAHABUDDIN (Bekas Menteri Besar Kedah). Kerana jasanya pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan dengan persetujuan dari Jabatan Pelajaran Kedah, Sekolah ini dinamakan SEKOLAH MELAYU SYED SHEH.

Pada Tahun 1957 Sebuah Sekolah Tambahan di bangunkan menggantikan Sekolah Tambahan yang lama yang runtuh dibawa oleh angin , murid-murid semakin bertambah demikian juga Guru ditukarkan pula ke mari. Pada Tahun 1975 pula sebuah Bangunan Baharu Tiga Tingkat pula dibangunkan menjadikan semuanya Tiga Bangunan seperti yang dapat dilihat sekarang.

2 comments: