Tuesday, August 4, 2009

Perancangan Strategik 2009



KATA ALUAN GURUBESAR



Perancangan Strategik adalah tulang belakang kepada pengurusan sekolah. Ia merupakan satu proses merancang hala tuju organisasi yang kemudiannya akan menjadi panduan kepada semua guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Perancangan Strategik ini juga adalah suatu agenda pengurusan pendidikan yang amat berkait rapat dengan kecemerlangan dan kualiti akademik ke arah pancapaian matlamat pendidikan bertaraf dunia. Melaluinya setiap program akademik yang bakal dilaksanakan hendaklah dirancang secara penuh sistematik bagi mencapai keberkesanannya dengan melibatkan strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses menyampaikan pelajaran.

Bagi Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, fokus Perancangan Strategik Lima Tahun ini lebih menekankan kepada pengurusan akademik yang terancang rapi kerana sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Syed Sheh sentiasa berusaha ke arah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kecemerlangan, bertaqwa dan sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun sebilangan besar murid sekolah ini adalah dalam lingkungan tahap sosio-ekonomi yang rendah, namun usaha yang padu serta jitu dengan penggemblengan tenaga para guru amatlah perlu demi merealisasikan cogankata “Kecemerlangan Iltizam Kami”

Perancangan Strategik Pengurusan Akademik ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada sistem kawalan yang menentukan prestasi sekolah secara keseluruhannya kerana ia berkaitan dengan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat amat penting untuk menentukan hari esok dan masa depan seterusnya.

Buku Perancangan Strategik ini dihasilkan dengan tujuan membolehkan para pendidik sekolah ini terus melaksanakan segala program akademik yang dirancang ke arah pencapaian wawasan negara dengan lebih berkesan. Demi mencapai impian ini keterlibatan dan komitmen setiap warga Sekolah Kebangsaan Syed Sheh amatlah penting dan sangat-sangat diperlukan.

Semoga dengan usaha murni ini Sekolah Kebangsaan Syed Sheh akan terus mengorak langkah ke hadapan dengan lebih gagah selaras dengan kehendak visi dan misinya.



FATHIMAH BEEVEE BT AHMAD KABIR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Syed Sheh
09200 Kupang,
Kedah Darul Aman.
31.12.2008


JAWATAN KUASA PERANCANGAN STRATEGIK

PENGERUSI
: PUAN FATHIMAH BEEVEE BT AHMAD KABIR
GURU BESAR
SETIAUSAHA : PN. HJH JARIAH BT ABDUL RASHID
GURU PENOLONG KANAN 1
PN. CHE AINUN BT MOHAMMAD
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
EN. ZAKARIA BIN JAHAYA
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
AJK (KETUA PANITIA)
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
SAINS
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN SENI VISUAL
MUZIK
KEMAHIRAN HIDUP
BAHASA ARAB :
PN. ROS AZIPAH BT ZAKARIA
PN. ERNIE MASLIZA BT ZOLKEPLY
EN. MOHD TARMIZI BIN ABDUL AZIZ
PN. NAIMAH BT HASSAN
PN. NORSHAHIDAH BT KHALID
PN. ROIZAH BT ABDUL RASHID
PN. HJH A’SIMAH BT ABDUL RAHAMAN
EN. RAZAK BIN ABDULLAH
EN. MOHD NOR FADZIL BIN SULAIMAN
UNIT KAUNSELING : EN RAZAK B ABDULLAH
UNTI KECEMERLANGAN UPSR : CIK RAFIDAH BT ABDULLAH
UNIT PUSAT SUMBER
PUSAT AKSES SEKOLAH : CIK RAFIDAH BT ABDULLAH
EN. MD NOR FADZIL BIN SULAIMAN
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMPUTER : AHMAD NAWAR BIN ABDUL HAMID




CARTA ORGANISASI SEKOLAH



RASIONAL PERANCANGAN STRATEGIK
Penguasaan ilmu di kalangan pelajar sekolah mula menampakkan peningkatan yang beransur maju. Pengukuran ini dibuat berdasarkan pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Lima Tahun lepas.

Namun suatu tindakan yang drastik amat perlu dilaksanakan untuk memastikan kejayaan ke arah yang lebih membanggakan dan sentiasa di tahap cemerlang. Dengan terhasilnya perancangan strategik ini adalah diharapkan guru-guru dapat menjadikannya sebagai satu panduan hala tuju yang amat jelas untuk membolehkan suatu perubahan tindakan dapat dilaksanakan di peringkat sekolah.

MATLAMAT PERANCANGAN STRATEGIK
Matlamat Peracangan Strategik sekolah ini ialah untuk pelajar-pelajar dan guru mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta berupaya memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Perancangan strategik kali ini lebih berfokus kepada peningkatan prestasi semua matapelajaran disamping mensifarkan bilangan pelajar yang gagal menguasai kemahiran 3 M.
Justeru itu perancangan strategik juga memberi tumpuan dan penekanan kompetensi guru sejajar dengan tuntutan penyediaan pelajar bagi mengharungi cabaran dan pergolakan arus perdana di alaf baru ini.


PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

• MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA PELAJAR-PELAJAR SUPAYA MENJADI INSAN BERIMAN, BERTAQWA DAN CEMERLANG.

• BERSEDIA MELAYAN MESRA PELAJAR, IBU BAPA DAN WARIS PELAJAR DALAM SEMUA URUSAN SEKOLAH DENGAN SEGERA.

• SENTIASA BERUSAHA MEWUJUDKAN SUASANA SEKOLAH YANG LEBIH CERIA, INDAH, DAN MENYEMAI SEMANGAT TANGGUNGJAWAB SERTA CINTA AKAN SEKOLAH.

• SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.

• SENTIASA MEWUJUDKAN SUASANAN HARMONI DI KALANGAN WARGA SEKOLAH.

MOTO SEKOLAH


ILMU SINAR HIDUP


SLOGAN SEKOLAH


KECERMERLANGAN ILTIZAM KAMI

LOGO SEKOLAH









WARNA SEKOLAH






Penerangan
warna dan takrif bendera
~ Warna merah , hitam dan oren adalah warna khas sekolah.

Stuktur kompsisi dan takrif
~Perisai membawa maksud mempertahankan ketinggian pendidikan di sekolah
~Obor adalah simbol membawa kamajuan khususnya di dalam bidang pendidikan
~Buku merah melambangkan rancangan yang teratur untuk kemajuan di masa akan datang dan
punca ilmu yang mesti dicapai
~Alatan sains dan metamatik menandakan matapelajaran utama disamping mata pelajaran lain
untuk melahirkan generasi yang berwibawa dan berketerampilan di masa akan datang
~Tahun 1946 bersamaan 1365 adalah tarikh sekolah ini ditubuhkan

VISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SYED SHEH AKAN MENJADI ANTARA SEKOLAH - SEKOLAH TERBAIK DALAM DAERAH BALING SIK MENJELANG 2015



MISI SEKOLAH

Untuk mencapai visi ini, Sekolah Kebangsaan Syed Shed berazam untuk:-

1. Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih cekap dan berkesan.
2. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang berbudi pekerti dan bersahsiah mulia.
4. Melahirkan pelajar-pelajar yang berkebolehan dalam kokurikulum
5. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria.
6. Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti.


MATLAMAT STRATEGIK SEKOLAH
Misi sekolah:-

Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum.

Matlamat strategik

1. Memastikan kualiti pengajaran guru di tahap optima dengan menggunakan sumber-sumber
yang ada secara maksima.
2. Memastikan Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
3. Memastikan panitia merancang, mengurus dan melaksana semua program pendidikan
dengan lebih efisyen.
4. Membantu pelajar menjalani kehidupan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan masyarakat luar.
5. Menyediakan pelajar yang bersikap telus, bermotivasi tinggi dan berdaya saing dalam
menghadapi cabaran pendidikan.
6. Meningkatkan kecemerlangan Akademik pelajar kepada Gred Purata Sekolah 2.0.



STRATEGI SEKOLAH

MS 1. Memastikan kualiti pengajaran guru di tahap optima dengan
menggunakan sumber-sumber yang ada secara maksima.

1.1 Memantapkan penyediaan peralatan dan kemudahan yang mencukupi serta bersesuaian kepada guru untuk menambah kecekapan kerja.
1.2 Memastikan semua guru menerima dan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme.
1.3 Meningkatkan penguasaan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.
1.4 Mewujudkan pemuafakatan kerja dalam suasana yang harmonis dan ceria.

MS 2. Memastikan pusat sumber sekolah berfungsi dengan
berkesan sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

2 .1 Melengkapkan Pusat Sumber Sekolah dengan bahan dan
peralatan yang mencukupi serta bersesuaian.
2.2 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam pusat sumber sekolah.
2.3 Memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
2.4 Merancang, memantau dan melaksana aktiviti-aktiviti sokongan akademik dengan berkesan.

MS 3. Memastikan panitia merancang, mengurus dan melaksana
semua program pendidikan dengan lebih efisyen.

3.1 Meningkatan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru dengan lebih efisyen.
3.2 Melaksanakan program- program peningkatan kecemerlangan akademik di tahap berkualiti dan cemerlang.
3.3 Memastikan penglibatan dan kerjasama waris dalam setiap program yang dianjurkan panitia/sekolah.

MS 4. Membantu pelajar menjalani kehidupan yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menyesuaikan
diri dengan persekitaran sekolah dan masyarakat luar.

4.1 Mewujudkan program kesedaran terhadap kepentingan ilmu kepada pelajar dan ibu bapa .
4.2 Membina keyakinan diri dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
4.3 Meningkatkan kecemerlangan dan keterampilan pelajar-pelajar lelaki.
4.4 Memantapkan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah.

MS 5. Menyediakan pelajar-pelajar yang bersikap positif, bermotivasi
tinggi dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran
pendidikan.

5.1 Memastikan peratus kehadiran pelajar berada di tahap maksima.
5.2 Mewujudkan prasarana pembelajaran yang kondusif, menarik dan harmonis.
5.3 Meningkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam bidang teknologi maklumat.

MS 6. Meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar kepada
Gred Purata Sekolah 2.0.

Memantapkan pengurusan akademik di peringkat jawatankuasa kerja.
Memastikan semua pelajar dapat menghayati dan mengamalkan budaya ilmu dengan berkesan.
Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran UPSR.
Mewujudkan kesedaran dan kerjasama waris untuk bersama-sama mencapai sasaran kecemerlangan.

ANALISIS PERSEKITARAN SEKOLAH


(BERDASARKAN ANALISIS SWOT)

ANALISIS SUMBER DI BAWAH KAWALAN


1. FAKTOR PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

KEKUATAN

S1 Seorang Guru Besar yang berpengalaman 12 tahun
(DGA 38)
S2 3 orang Guru Penolong Kanan Hakiki (DGA 32)
S3 1 orang Pembantu Tadbir Kewangan (N 17)
S4 1 orang Pembantu Tadbir Rendah (N11)
S5 1 orang Pembantu Am Rendah (N11)
S6 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah (N17)
S7 Bersikap lebih terbuka
S8 Empowerment / Pengupayaan kepada semua guru supaya melaksanakan tugas dengan berkesan.
S9 Perancangan yang berkesan.
S10 Peralatan pejabat mencukupi.
S11 Pengurusan sekolah mantap.
S12 Semua guru Penolong Kanan mencukupi.
S13 Pengurusan masa pentadbiran mencukupi.

KELEMAHAN

W1 Pengagihan tugas/ beban guru kurang memuaskan.
W2 Pengurusan sistem fail yang lemah dan kurang memuaskan.
W3 Tiada pemantauan secara konsisten.
W4 Mesyuarat sering dibuat masa pengajaran dan pembelajaran.
W5 Perhimpunan sering melebihi masa






2. FAKTOR KEWANGAN

KEKUATAN

S1 Kewangan yang mencukupi dan mantap
S2 Pengagihan kewangan yang berkesan
S3 Pengurusan kewangan dengan cekap
S4 Tiada teguran dari audit
S5 Kewangan sentiasa dipantau oleh guru besar, penolong kanan 1 dan disemak oleh audit
S6 Proses perbelanjaan adalah tulus
S7 Mencapai tahap 5 bintang.

KELEMAHAN

W1 Lewat mengemukakan tuntutan.

3. FAKTOR GURU

KEKUATAN

S1 34 orang guru terlatih
S2 5 orang guru j-QAF
S3 4 orang Guru Pemeriksa Kertas UPSR
(3-BM, 1-BI)
S4 1 orang Guru Bimbingan
S5 2 orang Guru Prasekolah Terlatih
S6 1 orang Guru Penggubal Soalan Bahasa Inggeris peringkat daerah
S7 1 orang Guru Media
S8 1 orang guru Penyelaras Bestari DG41
S9 2 orang Guru Terlatih DG41
S10 Ramai guru terdiri daripada anak-anak tempatan.
S11 30% daripada guru-guru adalah guru-guru muda yang berkhidmat antara 1 hingga 8 tahun.
S12 Mempunyai 1 orang guru bujang
S13 Keseluruhan opsyen guru yang agak seimbang
S14 18 orang guru opsyen Bahasa Melayu
S15 4 orang guru opsyen Matematik
S16 4 orang guru opsyen Bahasa Inggeris
S17 2 orang guru opsyen Pra
S18 1 orang guru opsyen Muzik
S19 6 orang guru opsyen Pendidikan Islam
S20 2 orang guru opsyen Sains
S20 1 orang guru opsyen Pendidikan Jasmani
S22 2 orang pembantu pengurusan murid.
S23 5 orang guru j-Qaf

3.2 KELEMAHAN

W1 1 orang guru tidak terlatih
W2 1 orang guru bermasalah kesihatan
W3 10 orang guru lelaki (terdiri daripada 41 orang guru)
W4 Kekurangan 2 orang guru opsyen Bahasa Inggeris
W5 Kekurangan 1 orang guru opsyen Bahasa Arab Komunikasi
W6 5 orang guru kurang bermotivasi dan kurang komitmen.
W7 Guru kurang bekerja sebagai pasukan.
W8 Guru kurang memahami tugas dan peranan masing-masing.
W9 Pengurusan masa guru untuk pengajaran dan pembelajaran kuran berkesan dan tidak mantap.
W10 Tinggal kelas kerana kurang urusan rasmi
W11 Guru Ganti tidak berkesan.
W12 Guru kurang cekap atau lewat dalam sesuatu tindakan
W13 Guru tidak menumpukan masa rehat sepenuhnya untuk membereskan tugasnya.

4. FAKTOR PELAJAR

4.1 KEKUATAN

S1 80% pelajar tinggal berhampiran sekolah
S2 100% pelajar berketurunan Melayu dan beragama Islam
S3 Nisbah pelajar lelaki dan perempuan yang seimbang
S4 Hubungan baik antara pelajar
S5 Pelajar sentiasa memberi kerjasama dan sokongan yang baik
S6 Kadar ponteng murid semakin berkurangan.

4.2 KELEMAHAN

W1 80% daripada kalangan pelajar bertaraf sosio ekonomi rendah
W2 Kurang berminat untuk belajar
W3 Bersikap malas belajar
W4 8 % pelajar lembap / pemulihan
W5 Terpaksa meninggalkan kelas untuk aktiviti kokurikulum
W6 Cepat lupa / gagal menguasai kemahiran
W7 Kerap ponteng sekolah
W8 Disiplin pelajar masih ditahap rendah.
W9 Semangat berlumba serta kerajinan di tahap rendah
W10 Kurang kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris


5. FAKTOR FIZIKAL DAN KEMUDAHAN

5.1 KEKUATAN

S1 Kawasan sekolah yang luas – 9 ekar
S2 19 Bilik darjah 750 kaki persegi setiap satu dan mencukupi
S3 1 unit Pusat Sumber yang memuaskan dan lengkap
S4 1 unit dewan sekolah seluas empat bilik darjah
S5 Pejabat pentadbiran yang lengkap
S6 Sebuah bilik PPSMI yang lengkap
S7 1 unit Bilik Pemulihan Khas yang luas.
S8 1 unit bilik stor SPBT
S9 1 unit makmal komputer lengkap dengan 20 set komputer
S10 1 unit Pusat Akses Sekolah lengkap dengan 10 set komputer
S11 1 unit surau
S12 1 unit kedai buku sekolah (ubahsuai)
S13 1 unit bilik bimbingan dan kaunseling (ubahsuai)
S14 1 unit bilik sains
S15 2 unit prasekolah
S16 1 unit bilik guru
S17 1 unit bilik mesyuarat
S18 1 unit stor sekolah
S19 1 unit pondok pengawal
S20 1 gelanggang bola jaring
S21 1 gelanggang bola sepak
S22 Dataran perhimpunan
S23 6 bilik tandas guru
S24 7 bilik tandas murid
S25 1 unit pencawang elektrik
S26 1 unit kantin

5.2 KELEMAHAN

W1 Pengurusan Pusat Sumber Sekolah kurang mantap
W2 Kekurangan 2 bilik pengurusan untuk guru-guru Penolong Kanan di pejabat.
W3 Bilik-bilik khas sempit kerana terpaksa dikongsi oleh unit kaunseling dan unit pengawas.
W4 Bilik PPSMI kurang ceria / kurang kondusif.
W5 Bilik Pemulihan Khas kurang kondusif – masih dalam proses pengubahsuaian.
W6 Stor / bilik SPBT kurang kondusif.
W7 Pengajaran dan pembelajaran dalam makmal ICT kurang mantap
W8 Padang tidak mencukupi untuk balapan 400 meter

ANALISIS PERSEKITARAN SEKOLAH

ANALISIS SUMBER DI LUAR KAWALAN

1. FAKTOR PIBG

1.1 PELUANG

O1 Hubungan baik dengan sekolah
O2 Sedia membantu
O3 Prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang sekolah
O4 Pengerusi PIBG adalah seorang terpelajar – JUSA C
O5 AJK memainkan peranan yang aktif dalam perkembangan pembangunan akademik.

1.2 ANCAMAN / CABARAN

T1 Kekerapan mesyuarat terganggu kerana sibuk dengan urusan peribadi.
T2 Kurang sambutan dalam budaya gotong-royong
T3 Cepat bertindak ke atas sesuatu keputusan yang tidak tulus daripada pentadbir yang berkaitan dengan waris murid

2. FAKTOR STAKE HOLDERS

2.1 PELUANG

O1 Hubungan baik dengan JPN dan PPD
O2 Sedia membantu dan membimbing.
O3 Peranan pegawai pentadbir kaunselor daerah aktif
O4 Peranan Majlis Guru Besar dan Pusat Kegiatan Guru berkesan
O5 Sokongan kewangan PIBG, KEDA dan korporat


2.2 ANCAMAN / CABARAN

T1 Tindakan atau lambat menerima keputusan
T2 Lambat untuk berurusan
T3 Pegawai atasan terlalu sibuk untuk melayan kerenah sekolah



3. FAKTOR ADUN & POLITIK

3.1 PELUANG

O1 Adun yang prihatin dan sedia membantu

3.2 ANCAMAN / CABARAN

T1 Adun lambat bertindak
T2 Sekolah lambat menerima bantuan atau sumbangan daripada pihak orang perseorangan
T3 Harapan komuniti setempat terhadap sekolah amat tinggi tetapi dengan pulangan yang amat berkurangan



4. FAKTOR KOMUNITI SETEMPAT

4.1 PELUANG

O1 Prihatin terhadap pelajaran anak-anak
O2 Bekerjasama
O3 Mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu
O4 Mempunyai pandangan kehadapan dalam peningkatan prestasi akademik sekolah
O5 Peranan PIBG berkesan
O6 Hubungan baik dengan sekolah

4.2 ANCAMAN / CABARAN

T1 80% daripada kalangan waris bertaraf sosio ekonomi rendah
T2 Sikap tidak mengambil berat terhadap pelajaran
T3 Suasana rumahtangga tegang
T4 Aspirasi yang terlalu tinggi
T5 Tiada pendedahan kepada perubahan
T6 Kurang pendidikan agama di kalangan ibu bapa
T7 Tahap pendidikan waris rendah






5. FAKTOR PERSEKITARAN

5.1 PELUANG

O1 Persekitaran yang indah
O2 Jauh dari kesibukan lalu lintas
O3 Persekitaran kampung yang tegang dan tenteram
O4 Penduduk setempat yang mesra dan sanggup bekerjasama



5.3 ANCAMAN / CABARAN

T1 Kurang sumber rujukan dan maklumat
T2 Kurang desakan terhadap pencapaian ilmu
T3 Rakan sebaya yang malas
T4 Budaya lepak pada masa cuti sekolah
T5 Tiada kesedaran di kalangan waris terhadap kepentingan anak untuk berilmu.

JADUAL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR (2004-2008)


TAHUN

BIL. CALON

BM(K)

BM(P)

BI

MT

SN

% LULUS KESELURUHAN

GPS

2004

105

86.14

86.14

61.39

81.19

74.26

59.41 (60 orang)

2.58

2005

114

91.96

89.29

60.71

83.93

79.46

57.14 (64 orang)

2.61

2006

109

92.31

83.65

57.14

75.24

74.29

52.38 (55orang)

2.61

2007

118

85.34

88.79

67.24

93.97

80.17

67.24 (78 orang)

2.38

2008

112

88.39

80.36

68.75

72.32

65.18

57.14 (64 orang)

2.71















ANALISIS MATA PELAJARAN (2004-2008)


MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU PENULISAN























































RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SYED SHEH

1. Rasional

Rancangan Pemajuan Sekolah ( RPS ) adalah antara satu strategi yang digunakan oleh pihak pentadbir sekolah untuk meningkatkan sistem pengupayaan kendiri dalam proses pemantauan dan kawalan pelaksanaan aktiviti sekolah. Semoga dengan adanya Rancangan Pemajuan Sekolah, semua aktiviti akan dijalankan dengan lebih bertanggungjawab.

2. Konsep dan Pelaksanaan Rancangan Pemajuan Sekolah

2.1 RPS ini adalah satu proses kawalan yang berterusan bagi memastikan setiap guru dan murid mencapai potensi kemajuan ke tahap yang maksimum. Proses kawalan ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti pemikiran semua pihak untuk merancang, melaksana, menilai dan membuat penambahbaikan sekiranya RPS dilaksanakan mengikut perancangan yang komprehensif dan bersepadu.

2.2 RPS dapat membantu pihak pengurusan sekolah untuk menyediakan perancangan aktiviti sekolah dengan betul, lengkap, kemaskini dan mengikut prosedur.

2.3 RPS dapat membantu pihak sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan setiap aktiviti yang dilaksanakan, justeru membantu memperbaiki proses perancangan aktiviti tersebut ke arah yang lebih baik dan berkualiti. Dengan ini proses pelaksanaan dan output dapat dipertingkatkan.

2.4 RPS ini akan digunakan oleh semua pihak di sekolah sebagai sumber kawalan dan penilaian bagi meningkatkan kualiti produktiviti secara seragam dan teratur.

2.5 Instrumen RPS yang mudah dan lengkap dapat memudahkan tugas penambahbaikan dan peningkatan kualiti.

2.6 Guru Besar berperanan sebagai penggerak dan pemudahcara bagi menyediakan RPS ke arah perubahan.

2.7 Semua warga sekolah dilibatkan secara aktif dalam proses pelaksanaan RPS

2.8 RPS menuntut pemantauan yang berterusan di samping melakukan pengubahsuaian ke atas program-program dan proses-proses yang kurang berkesan.

2.9 Pemajuan ke atas kemenjadian murid amat berkait rapat dengan apa yang sebenarnya berlaku di dalam semua aktiviti yang melibatkan mereka. Guru hendaklah bersedia melakukan refleksi ke atas semua amalan aktiviti pengajaran demi memenuhi kehendak setiap individu yang berbeza-beza itu.

3. Ahli Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Sekolah

Pengerusi : Guru Besar

Naib Pengerusi : Puan Penolong Kanan Kurikulum

Ahli Jawatankuasa : En. Mat Aris bin Sulaiman

En. Abdul Nasir bin Shaari

En. Zakaria bin Jahaya

Puan Sarjanawati bt. Mohamad

Puan Sakinah bt. Ibrahim

Puan Norma bt. Salleh

Puan Soleha bt. Din Pun

Puan Noor Aida bt Abdul Razak

4. Tugas dan Peranan Ahli Jawatankuasa

4.1 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa

4.2 Membuat hebahan kepada semua staf mengenai RPS

4.3 Mengadakan taklimat pemahaman SKPM

4.4 Mengedar Borang Audit Kualiti Dalaman.

4.5 Melaksanakan RPS dengan menerapkan Audit Kualiti Dalaman selepas sesuatu program dilaksanakan.

4.6 Mendokumentasikan RPS

4.7 Mengadakan mesyuarat susulan dan tindakan penambahbaikan.

5. Rumusan

Adalah menjadi harapan agar RPS dapat dilaksanakan dengan berkesan demi mencapai matlamat visi dan misi sekolah.


2 comments:

  1. Perancangan Strategik bermula dengan fasa PRA PERANCANGAN hinggalah kepada fasa PENILAIAN. Lihat kembali Buku Perancangan Strategik Pendidikan untuk melihat langkah-langkah yang lebih tepat.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.sy NUR SHUHADA OSMAN bekas pelajar sekolah syed sheh,thn 2002 upsr.saya nak tanya ada jawatan kosong x?saya baru saja lepasan diploma kreative multimedia..

    ReplyDelete